Followers

Sunday, 6 December 2015

SAYA adalah 'DIA'


Terdapat seorang wanita yang mencintai kamu
wanita yang mencintai kamu dengan sepenuh hatinya
dia mengikuti kamu seperti bayang-bayang pada setiap hari
dia senyum tetapi menangis di dalam hati..

berapa banyak lagi... yang harus dia lihat awak semata-mata?
cinta ini adalah seperti angin
cinta ini kelihatan begitu tidak bernilai
jika dia terus mencuba, adakah awak masih sukakan dia?
datanglah lebih dekat dengan dia,
ketika dia mengambil satu langkah ke hadapan, awak mengambil dua langkah ke belakang,
dia adalah seorang yang terlalu menyayagi awak
dia seorang yang berada di sebelah awak sekarang
dan dia menangis..

wanita tersebut menyimpan perasaan didalam dirinya sendiri
jadi dia perlu belajar bagaimana untuk ketawa
terdapat begitu banyak yang dia tidak dapat diluahkan kepada sesiapa
bahawa hatinya sedang sakit
berapa banyak lagi yang harus dia simpan?
cinta ini adalah seperti angin
adakah cinta ini kelihatan begitu tidak bernilai?
dan dia terus menangis..

adakah anda tahu bahawa 'dia' tersebut adalah saya?
jika awak tahu, awak tidak akan melakukan ini kepada saya..
tetapi awak tidak tahu ia adalah saya kerana awak tidak tahu perasaan saya sekarang..
saya adalah 'dia' yang menyayangi awak dan berada bersama awak sekarang yang cuba untuk tidak melukakan hati awak..
bolehkah awak cuba supaya tidak lukakan hati saya??

Friday, 13 November 2015

Lelaki jaga 'Market'



hai.. tajuk aku untuk malam ni 'lelaki jaga market'.. mesti ramai yang pelik dengan tajuk aku kali ni.. aku sendiri pun tak tahu kenapa aku buat tajuk ni. tapi aku tergerak hati nak buat tajuk ni.. mybe ramai perempuan yang pernah terkene dengan lelaki yang jaga 'market' ni.. lelaki yang jaga market ni suka melayan dan menegur perempuan walaupun dia dah ada girlfriend/fiancee/wife tapi bukan bermakna dia curang.. mybe dia boring dan bejet dia hensem.. aku tak tahu kenapa, mybe lelaki tuu tak cukup dengan satu perempuan atau mybe orang yang sayangkan dia tuu tak cukup menarik, tak cukup cantik dan banyak kekurangan.. hmm banyak perempuan yang makan hati dengan lelaki macam ni.. selalunya lelaki macam ni dia akan sembunyikan dari girlfriend/ fiance/wife sebab takut dianggap curang.. tapi sebenarnya bila dia sembunyikan perkara macam tuu memang akan dianggap curang oleh kaum wanita sebab semua wanita sensitif dan akan tarase apa yang dilakukan oleh mereka yang bergelar lelaki.. mybe akan menganggap lelaki tersebut sebagai 'hidung belang'..

selalunya lelaki macam ni suka ambil kesempatan bila girlfriend/fiance/wife percayakan mereka.. dia perasan dirinya hensem dan mula menegur dan berkawan dengan perempuan.. bila perempuan-perempuan tersebut melayannya, dia menganggap dirinya hensem dan ramai perempuan yang tergila-gilakan mereka.. bila girlfriend/fiance/wife dapat tahu mula mereka seperti cacing kepanasan.. mereka tidak akan mengaku dan membuatkan girlfrind/fiance/wife mereka seperti orang bodoh.. bila ditanya berkali-kali mereka akan marah dan mula cakap kaum perempuan tak percayakan mereka.. perempuan kalau tanye ada laa something yang mereka tahu dan tak perlulah sembunyikan apa-apa dari mereka..

macam kes kawan aku ni, dia dah pun bertunang.. tapi tunang dia tuu macam ada something laa.. dia cerita kat aku, dia ada buka whatsapp tunang dia dan nampak tunang dia chat dengan perempuan tapi chat perkara biasa je.. so dia tak kisah tapi bila dia tanye siapa perempuan tuu, tunang dia bagi tahu kawan dia..kawan aku ni macam dalam dua 'percaya' atau pun 'tak percaya'..so kawan aku chat perempuan tuu dan tanya perempuan tuu tapi jawapan perempuan tuu lain.. perempuan tuu bagi tahu yang dorang baru berkawan.. kawan mulalah naik angin dan diamkan diri seharian kat rumah.. tunang dia col,chat xjawab.. keesokan pula dia berjumpa dengan tunang dia untuk selesaikan masalah dorang tapi lelaki tetap tak mengaku dan terus memperbodohkan kawan aku.. so kawan aku bgtahu nak tengok semua acount laman sosial tunang dia. dan nak atau tak nak kne bagi juga.. bila buka fb tunang dia, baru dia tahu tunang dia tuu suke tegur-tegur perempuan.. ada laa dua tiga orang perempuan yang dia tegur dalam chat fb.. kawan aku terus tak bercakap banyak dengan tunang dia.. dia trus diamkan diri..

tapi bagi aku laa kan.. kenapa lelaki perlu nak sembunyikan semua tuu dari orang yang sayangkan mereka?? kenapa tak jujur je?? kalau dia tegur perempuan sama ada dalam laman sosial atau alam nyata ni kenapa tak terus terang?? kenapa nak sembunyikan? memang laa semua kaum wanita 'jelous' tapi bila kaum lelaki sembunyikan dari mereka lagi bertambah parah dan mereka menganggap mereka ditipu.. kalau betul kaum lelaki menghargai wanita yang menyayangi mereka, mereka tidak akan menipu, menegur dan melayan perempuan lain.. 

aku ada boyfriend dan dia seorang yang peramah, aku tak rasa dia buat macam tuu dan aku harap aku tak kan rasa perkara macam tuu.. aku harap dia tak tipu aku dan tak sembunyikan sesuatu dari aku.. sebab bila aku dapat tahu dia buat macam tuu mybe aku akan naik hantu..hahaha.. bagi aku, aku ada allah yang akan melindungi aku..kalau dia tipu aku, allah akan balas balik apa yang dia dah buat..tuhan nak tunjuk kejap je so biar tuhan yang balas.. 

lelaki bajet hensem ni pun 1, ingat mereka tuu hensem sangat ke?? mereka tuu tak de hensem pun.. bagi aku lelaki yang hensem ni, perkara yang last sekali ada dalam list kaum wanita.. perkara pertama yang perempuan tengok dekat lelaki ni 'kejujuran'.. sebenarnya mereka tak tahu, perempuan-perempuan yang melayan mereka tuu cuma menganggap mereka 'gatal' dan perempuan-perempuan tuu merupakan perepuan 'low class'.. perempuan yang 'low class' ni akan memilih rupa dalam list pertama dia.. so tak payah nak bajet hensem ye kaum lelaki..hensem tak bawa ke mana pun..

untuk kaum lelaki-> jangan awak ingat awak hensem hidup awak akan bahagia.. perempuan tak memerlukan lelaki yang hensem untuk dijadikan peneman hidup mereka.. mereka memerlukan lelaki yang jujur, hormat orang tua, yang boleh melindungi dan menjaga mereka.. dan mereka ini yang akan menghormati awak dan family awak.. mereka tak memerlukan lelaki yang jaga market dan suka menegur atau melayan perempuan.. perempuan yang melayan awak semula apabila ditegur adalah perempuan 'low class' dan perempuan yang bermaruah.. so pilihlah antara perempuan yang akan menghormati awak dan family awak atau perempuan yang hanya ingin rupa paras awak..

untuk kaum perempuan-> jangan memilih lelaki dari paras rupa.. sebab lelaki yang bajet hensem ni belum tentu boleh jaga awak dan family awak.. jika lelaki yang dah ada girlfriend/ fiance/wife  menegur awak tuu bukan bermakna awak cantik tapi mereka mengaggap awak perempuan murah.. so pilihlah lelaki yang betul-betul menyayangi awak dan ingin melindungi awk bukan pilih lelaki yang hemsem semata-mata.

Wednesday, 4 November 2015

Operate Dental

gambar selepas keluar dari dewan bedah
sebenarnya hari operate dental aku 26 oktober tapi baru sekarang aku dapat tulis dekat blog ni sebab lepas operate aku tak dapat nak tengok skrin telefon, tv, dan laptop. jadi sekarang aku dah dapat tengok skrin latop dah.

aku operate dental ni untuk buang gigi gerahang bongsu yang baru tumbuh tapi aku bukan sengaja-sengaja nak buang, aku nak buang sebab aku rase sakit sangat. tak kan la setiap kali aku makan, aku kene ambil jarum atau lidi dan korek dibahagian gigi yang sakit tuu.so aku rasa daripada aku tahan sakit selamanya, baik aku buang je terus. memang la semua orang cakap buang gigi bongsu tuu sakit tapi aku rase baik tahan sakit sekejap dari tahan sakit selamanya. pada mulanya aku nak buang 2 je tapi dokter sarankan aku buang 4 terus sebab gigi aku yang atas tuu ada masalah so aku ikut je cakap dokter. 

seminggu sebelum operate dokter ada col aku untuk tetapkan tarikh tuu. time tuu aku tak rase apa-apa.aku setuju je tarikh bila-bila. tapi bila dah 25hb tuu baru aku terase nerves sangat sebab aku dah kene masuk wad dah time tuu. aku masuk wad pkul 1petang dan aku sorang-sorang je kat situ. memang rase boring giler sebab tak tahu nak buat apa dan internet pon tak de. aku berharap sangat time tuu ada orang col dan teman aku tapi last-last aku tidur sampai adik aku datang. malam sebelum operate tuu pula aku dengan adik ronda-ronda hospital.dah macam 'guard' pula ronda-ronda hospital.. hahaha




Tuesday, 6 October 2015

PENIPUAN...

manusia yang mencipta perkataan penipuan dan ramai juga manusia yang mempunyai sikap penipu.. dah banyak dugaan yang aku tanggung sejak kebalakangan ni.. dugaan dengan 'penipuan' manusia yang menjadikan orang lain bodoh.. keluarga, adik-beradik, suami, isteri, rakan, bf, gf dan lain-lain juga mempunyai sikap 'menipu'.. 'menipu' merupakan perkara ang paling pedih sekali dalam hidup aku..aku tak suka orang 'menipu aku.. tapi kadang kala orang yang menipu aku suka membuat aku menjadi bodoh.. dan sebenarnya apa yang mereka tipu aku, aku dah tahu.. tapi aku tetap buat yang diri aku tak tahu apa-apa di depan mereka sebab aku cuma ingin mereka jujur dan mengaku perkara yang benar.. aku diam bukan sebab aku takut tapi aku ingin tengok sejauh mana kejujuran yang ada dalam diri seseorang.. 

aku mengaku ramai je yang menipu aku.. kawan satu kampung pernah tipu aku..kawan satu rumah dan kawan satu kelas pernah tipu aku.. pekerja-pekerja abah banyak juga yang suka menipu dan ramai lagi yang menipu.. aku tahu pe yang mereka sorokkan dari aku tapi aku tetap berdiam diri.. aku boleh je marah pekerja-pekerja abah dan pecat dia tapi tak datangkan apa-apa juga.dan mereka akan tetap terus menipu..aku bukan sengaja dan rela diri aku diperbodohkan oleh mereka tapi aku cuma perlukan kejujuran dan berkata benar.. kalau fikir-fikirkan balik memang aku bodoh.. rela diri aku diperbodohkan tapi aku tak boleh nak buat apa-apa untuk orang tuu mengaku..aku cuma mampu diam, menangis, termenung dan memikirkan perkara yang akan datang.. 

kadang-kadang bila aku ditipu, aku akan fikir kenapa aku tak mati je daripada aku ditipu dan diperbodohkan.. aku tak sanggup nak keluarkan air mata dan tahan rasa sakit ni.. bila aku mati, semua orang tak boleh nak menipu aku lagi.. kenapa aku selalu menjadi tempat untuk orang menipu?? apa yang mereka nak sebenarnya?? mereka nak hidup aku sengsara?? nak aku mati?? kalau nak aku mati, mereka boleh doakan aku mati je.. aku lebih rela mati dari jadi manusia yang senang diperbodohkan.. sejujurnya memang aku dah tak tahan untuk tanggung semuanya.. rasa sakit sangat.. semua orang tak tahu apa yang aku rasa.. mereka cuma nampak aku 'happy' sepanjang masa tapi belakang mereka aku seorang wanita yang paling sedih dan tak mampu untuk berbuat apa-apa.. 

aku harap masalah yang menimpa diri aku sejak kebelakangan ni selesai.. aku cuma percya setiap perbuatan ada balasannya. sama ada cepat atau lambat..

mood :"(


Tuesday, 29 September 2015

HUBUNGAN JARAK JAUH

Apa yang perlu ada dalam hubungan jarak jauh?

1. Doa
2. Kepercayaan
3. Setia
4. Beri dan Terima
5. Buat dia rasa yang awak ada

doa sudah pasti ada dalam setiap perhubungan. semua orang ingin yang terbaik dalam hidup mereka dan inginkan hubungan yang mereka dirikan berkekalan. kita hanya mampu berdoa dan allah yang menentukannya.

dalam perhubungan perlu ada sikap setia dan mempercayai pasangan masing-masing. jika salah seorang dalam pasangan tersebut cemburu, bukan bermakna dia tidak mempercayai pasangan dia tapi dia takut rasa kehilangan dan dia tidak rasa dirinya disayangi. tanggungjawab seseorang tersebut perlulah sentiasa buat pasangan mereka dihargai dan sentiasa tunjuk sikap kepercayaan. bukannya marah apabila pasangan mereka cemburu malah redakan perasaan cemburu tersebut. Api ubatnya adalah air. 

sebagai seorang yang bertanggungjawab, perlu setia dengan pasangan sendiri termasuklah keluar, chating, call dan lain-lain. bukan tidak boleh keluar,chating dan sebagainya tetapi lakukan perkara-perkara tersebut dengan bertiga bukan berdua. bila berdua itulah yang akan menyebabkan pasangan kita cemburu dan kurang yakin. bukan bermakna kita jauh dari pasangan kita dan kita mencari seseorang sebagai tempat untuk meluahkan dan penuhi masa lapang kita. ye..memang betul pasangan kita tidak nampak apa yang kita lakukan tetapi kita tidak patut berbuat hal yang sedemikian. pasangan kita percaya dan setia kepada kita tetapi patutkah kita lakukan perkara tersebut dan melukakan perasaan dia?? cuma kita yang mampu jawab semua tuu.. Bila kita dah terima seseorang dalam hidup kita bermakna kita sudah sedia untuk terima semua yang harus kita hadapi bukan menyakiti hatinya..

kita juga patut memberi kepercayaan, setia, nasihat kepada pasangan kita.. bukan menghadiahkan kemarahan kita kepada si dia..dan kita juga perlu menerima dia seadanya walaupun dia banyak kekurangan.. kita belum tentu 'perfect' tapi dimata dia kita adalah seorang yang 'perfect' dan dia sanggup menerima kita..dalam hubungan jarak jauh kita perlu yakin dan mampu selesaikan masalah dengan setiap perkara yang berlaku..

yang terakhir sekali buat dia rasa yang awak ada. ini bermaksud dalam hubungan jarak jauh pasti terdapat banyak kelainan. kita mesti melakukan sesuatu supaya pasangan kita merasai kita ada bersama dia.. kita perlu buat dia happy. bila dia ada masalah kita perlu dengar semua masalah dia walaupun kita tidak suka dengar masalahnya sama ada positif atau negatif.. kita jangan memberi pandangan sewaktu dia sedang meluahkan perasaan dia sebab dia ingin kita dengar dan merasai kesedihannya.. walaupun kita tahu perkara tersebut salah dia.. biarkan dia tenang dan berulah beri nasihat..

Wednesday, 16 September 2015

aku mengaku lepas aku kenal dengan izani, banyak perubahan dekat aku.. dia banyak buat aku happy.. dia buat kehidupan aku happy sampai sekarang.. aku bersyukur jumpa dengan dia.. bila aku ada masalah, aku suka becakap dengan dia sebab aku rase dia yang boleh buat aku happy.. walaupun kadang-kadang aku tak tahu nak cakap apa tapi bila dia cakap dengan aku, masalah yang aku rasa tuu aku akan lupakan sekejap.. dah dekat 1 tahun setengah aku dengan dia.. susah, senang, happy sama-sama.. kita selalu sama-sama tolong bila susah..dia yang tahu tentang hidup aku dan dia yang buat aku macam aku ada di dunia baru.. kalau aku tak jumpa dia mungkin hidup aku sekarang sentiase suram.. semua orang ada kelebihan dan kekurangan begitu juga aku dan dia.. tak semua kat atas dunia ni 'perfect'.. yang penting diaboleh terima aku dan aku juga boleh terima dia..aku harap dia boleh buat aku happy sampai bila-bila bukan dengan separuh jalan..

Kelantan Thai Buddist Temple

Infografik
Negeri Cik Siti Wan Kembang mempunyai tokong-tokong buddha yang terbesar di Asia Tenggara. Tokong buddha tersebut telah lama bertapak sejak berpuluh tahun lamanya di Tumpat Kelantan. Hal ini kerana, kebanyakan penduduk minoriti yang terdapat di Tumpat Kelantan adalah orang siam dan Tumpat merupakan sempadan antara Siam dan Kelantan. Terdapat beberapa buah tokong-tokong buddha yang terbesar di Kelantan iaitu Wat Machimmaram, Wat mai suwankiri, Wat Photivihan, Wat phikul thong, wat phothikyan dan Wat kok serayawan. Tokong-tokong Buddha tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu dari segi sejarah dan pembinaannya.


1. Wat Machimmaram


Wat Machimmaram adalah sebuah tokong yang dikenali sebagai ‘Sitting Buddha’ yang merupakan ‘Sitting Buddha’ kedua terbesar di Asia Tenggara. Ia terletak di kampung Jubakar,Tumpat. ‘Sitting Buddha’ tersebut telah dibina pada tahun 1991 dan ia telah dibina oleh masyarakat Thai Kelantan iaitu masyarakat siam yang sudah bercampur dengan budaya cina tempatan. Oleh sebab itu, seni bina ‘Sitting Buddha’ tersebut mempunyai campuran pengaruh budaya siam dan cina. Untuk membina ‘Sitting Buddha’ tersebut, ia telah dibelanjakan sebanyak empat juta dan ia telah dibina atas sumbangan orang ramai yang kebanyakannya orang siam dan orang cina. ‘Sitting Buddha’ tersebut juga mempunyai ketinggian 30 meter, 47 meter dan tapak kawasan ‘Sitting Buddha’ adalah tujuh ekar.


2. Wat Phothivihan



Wat Photivihan pula ialah sebuah tokong buddha yang dikenali sebagai ‘Sleeping Buddha’. Ia merupakan sebuah patung buddha yang kedua terbesar di dunia selepas patung buddha Myanmar dan telah dibina pada tahun 1973. Tapak ‘Sleeping Buddha’ tersebut telah berusia 300 tahun dan bangunan pula berusia 40 tahun. ‘Sleeping Buddha’ tersebut terletak di Kampung Jambu, Tumpat yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Beruk. Ia telah dibina dengan perbelanjaan dua juta dan dibina atas sumbangan orang ramai tanpa menerima  sumbangan dari kerajaan. ‘Sleeping Buddha’ tersebut mempunyai panjang 41 meter, lebar 11 meter dan tapak kawasan sebanyak enam ekar. Di Wat Photiviam terdapat empat orang sami dan dua orang pekerja menjaga dan membersihkan ‘Sleeping Buddha’ tersebut. 

3. Wat Wat Phikul Thong Buddist 




Wat Wat Phikul Thong Buddist mempunyai sebuah patung buddha berdiri yang terletak di Kampung Terbok, Tumpat. Ianya telah wujud selama 200 tahun yang lalu dan telah dibina selama 13 tahun yang lalu. Patung Buddha tersebut mempunyai ketinggian 12 meter dan besar sebanyak empat meter. Ia merupakan patung buddha yang terbesar di negara ini. Warna patung buddha berdiri ini juga adalah berwarna emas dan apabila terkena cahaya matahari ia akan berkilau dan kelihatan seperti patung emas. Kawasan Wat Phikul Thong Buddist ini pula kelihatan seperti sebuah perkampungan Thai dan seni bina bangunan serta rumahnya pula sangat unik.

4. Wat Mai Suwankiri
Wat Mai Suwankiri adalah salah satu tokong Thai yang terkenal di Kelantan. Wat Mai Suwankiri terletak di Kampung Bukit Tanah, Tumpat yang berdekatan dengan Kampung Laut. Tokong Wat Mai Suwankiri dikenali sebagai ‘Dragon Boat’ kerana tokong ini terdapat ‘bot’ yang sering menjadi tumpuan masyarakat yang datang di tempat tersebut. ‘The Dragon Boat’, terletak di perkarangan kuil dan ia mempunyai empat naga sebagai penjaga dan ‘bot’ tersebut dikelilingi air. Di tokong Thai tersebut terdapat patung buddha berdiri di atas bumbung yang sering menjadi penghormatan oleh masyarakat yang beragama buddha.  Tokong thai-buddha tersebut telah dibina lebih dari seratus tahun yang lalu oleh tukang pakar dari Thailand. Selain itu, terdapat sebuah bangunan besar yang sangat cantik dan menakjubkan di perkarangan kuil iaitu Dewan Utama Wat Mai Suwankiri. Di dalam Dewan Utama tersebut pula terdapat patung-patung dan mayat ketua sami yang dijadikan sebagai bahan paparan kepada pelancong. Hampir seluruh bangunan yang terdapat di Wat Mai Suwankiri berwarna keemasan.

5. Wat Phothikyan Phutthaktham 

Wat Phothikyan Phutthaktham terkenal dengan ‘White Buddha’ kerana terdapat patung buddha yang tinggi berwarna putih. ‘Standing White Buddha’ mempunyai ketinggian 108 kaki  dan ia dapat dilihat dari jauh. Di bahagian tepi ‘Standing White Buddha’ diperbuat daripada mozek putih dan diukir dengan imej Buddha pada dinding. Wat Pothiyan terletak di Kampung Balai, Bachok.  Di Wat Phothikyan juga, terdapat dua naga yang panjang yang mengelilingi dinding, membentuk gerbang yang menarik di hadapan bangunan itu seperti sepasang naga yang menjaga pintu masuk dan naga tersebut kelihatan berbentuk ‘naga kembar’ di Asia Tenggara. Naga tersebut berwarna-warni dan panjang naga ini adalah 589 meter. Selain itu, terdapat juga ‘Wishing Tree’ yang merupakan pokok untuk membuat hajat supaya tercapai. Di samping itu juga, Wat ini juga popular dengan mandian herba yang dipercayai mandian herba tersebut dapat membantu mencuci nasib malang. Wat Phothikyan Phutthaktham bermula sebagai sebuah tokong sederhana lebih kurang dua puluh tahun yang lalu. Ia menjadi lebih aktif apabila Thailand datang dan memulakan pelbagai aktiviti, termasuk memulakan dana bangunan untuk tokong ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...