Followers

Thursday, 7 February 2013

Cara Kira Berat Indeks Tubuh Anda (BMI)


Cara Pengiraan Berat Indeks Tubuh Anda ( BMI ) | Berlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri. Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.


Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.
Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi – Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan (KG) bahagi Ketinggian (M) kali Ketinggian (M)
Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda, yang mana jawapannya ialah 22.6 Mari lihat carta BMI di bawah. Sekiranya BMI anda :
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obesiti

Tips Turunkan Berat Badan (Sangat Mudah!)


Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Kita?
Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.
Apa Yang Boleh Kita Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?
Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.
Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.
P/S : Jagalah berat badan kita supaya tidak mendapat sebarang penyakit yang kronik seperti diabetis. Tingkatkan usaha untuk mencapai BMI yang normal.
Sumber: Laman Kesihatan

10 Punca Lemah Dan Mengantuk Serta Kaedah Mengatasinya


Adakah kita sering berasa lemah dan adakalanya mengantuk? Ia normal mungkin kerana kita banyak melakukan aktiviti. Namun jika ia sering berlarutan dalam kehidupan kita, ia perlu dilihat apakah punca sebenar perkara ini berlaku dalam hidup kita. Di bawah ini terdapat 10 punca mengapa kita mudah lemah dan mengantuk, termasuklah bagaimana kaedah untuk kita mengatasinya.


1. Tidak cukup tidur
Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.
Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.
2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)
Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.
3. Tidak cukup tenaga
Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.
4. Kurang darah merah (anemia)
Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.
Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.
5. Tekanan Emosi
Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga.Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.
Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.
6. Penyakit hipotiroid
Anda mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.
Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.
7. Terlalu banyak kafein
Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.
Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.
8. Penyakit Kencing Manis
Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.
Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.
9. Penyakit Jantung
Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat. Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.
10. Dehidrasi
Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.
Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

Siapakah lelaki idaman wanita???


✔ Yang menghormati ibunya,
✔ Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya,
✔ Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
✔ Yang akan mendidika isteri dan anak-anak mendalami islam,
✔ Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,


~> Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju ke akhirat.

Gadis Ini Terharu Hanya Kerana Sebiji Burger


Gadis Ini Terharu Hanya Kerana Sebiji Burger | Burger sememangnya salah satu makanan yang amat digemari oleh semua orang. Namun dalam artikel ini, bukan KisahBest.My mahu bercerita tentang burger, namun tentang nilai pengorbanan seorang ibu kepada anak-anaknya. Namun persoalannya apakah kaitan di antara pengorbanan dengan sebiji burger. Kisah ini bermula apabila seorang gadis bertindak melarikan diri dari rumah gara-gara bertengkar dengan ibunya.


Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.
Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.
Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.
Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.
Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…
“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.
“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.
“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.
Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…
“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.
“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.
“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.
Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.
“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.
Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.
Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…
“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”
Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”
Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…
“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.
Fidah terus menangis di tangan maknya…
Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.
Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

7 Cara Kempiskan Perut Buncit

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).




Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perutadalah:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakitperut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Untuk mengetahui lebih lanjut: MyNewsHub | Layari Artikel Kesihatan Menarik Informasi Malaysia Kini

♥ Sedih! Cerita Pengorbanan Si Ayah Terhadap Keluarganya ♥


Sebagai seorang lelaki. maka kita perlu bersedialah untuk menjadi seorang suami, malah harus bersedia untuk menjadi seorang bapa. Kita juga sebagai anak perlu tahu tentang susah payah seorang bapa dalam membesarkan kita, dalam menyara keluarga tanpa memikirkan penat lelah. Apa yang pasti insan bergelar ayah ini, mahu zuriat-zuriat mereka hidup dalam kesenangan dan bahagia. Saya mahu kita sama-sama mengenang kembali apakah jasa si ayah terhadap kita sekeluarga.


Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : “Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?”

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : “Sebab aku lelaki.”

Anak perempuan itu berkata sendirian : “Saya tidak mengerti”.

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : “Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.”
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : “Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?”

Ibunya menjawab : “Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian.”

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.”

“Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.”

“Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya”.

“Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya.”

“Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya”.

“Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.”

“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.”

“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan,bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.”

“Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.”

“Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.”

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

“Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.”

Moral:
Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.

Tuesday, 5 February 2013

10 gambar jelmaan hantu yang pernah menggemparkan negara dahulu sehingga 2012



Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump. 

2. Hantu Kereta Remuk

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar kehospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap

Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers. 

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan 
Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok. 

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal 

Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini. 

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan 

Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka. 

7. Pocong Di Kawasan Kilang 

Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit. 

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada 

Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud. 

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin 

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam. 

10. Wanita Kebaya Merah

Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

Monday, 4 February 2013

TAKOT!!


aku rase takot sangat..takot orang yang aku sayang tinggalkan aku.. aku tak nak bersendirian.. memang r ada mase aku nak bersendirian tapi bukan untuk selamenye.. aku nk cari balik diri aku tapi aku tak nak bile aku cari balik diri aku.ada pulak masalah yang datang.. aku jadi keliru.. sekarang pon aku masih keliru..

aku takot sangat.. aku takot bersendirian, aku takot kecewa, aku takot dengan orang sekeliling, semuanya aku takot...

hmm sekarang pon aku sakit dan sakit ni tak boleh ubt dengan cara moden.. aku tak taw same ad bende ni ada orang hantar atau bukan.. banyak tempat ang aku dah pergi berubat,ramai cakap kalau aku tak berubat cepat aku  boleh jadi giler dan akan mati.. aku tak tau boleh percaya ke tak tapi ramai yang cakap macam tuu...




Friday, 1 February 2013

nak mimpi mcm semalam!!



jap lagi kalau aku boleh tido, aku nak sangat mimpi yang macam malam tadi lagi.. rase tenang je.. seolah-olah aku ada kat tempat yang aku nak kan selame ni... tempat yang tenang.. tak de sape-sape pon kat tempat tuu kecuali aku sorang je kat tempat tuu.. tak de ganggu langsung cume yang aku dengar ombak laut je.. kat alam nyata, aku tak boleh nak rase ketenangan tuu.. yang ada cume kesedihan... aku rase bile balik uitm nanti, aku nak pergi sorang-sorang kat tempat yang aku nak pergi.. ada laut dan kat situ aku boleh buat hajat aku.. aku akan tulis surat banyak-banyak.. bab kawan sebilik tuu,aku cakap r aku nak pergi rumah mak cik aku ke,mesti dorang tak risau.. walau ape pon terjadi aku mesti curi mase aku nanti untuk pergi kat tempat yang tak de sape boleh cari aku....aku bukan tak nak kongsi masalah aku atau kesedihan yang rase selame ni tapi aku buat semua tuu ada sebab.. aku tak nak menyusahkan orang laen..kalau aku cerite apa yang aku rase selame ni mesti ada yang tak percaya dan cakap aku cume menangih simpati.. so aku lebih suke diamkan diri dan biarlah orang laen anggap aku tak pernah ada masalah dan biarlah dorang tengok aku selalu happy... so nak pergi tempat yang aku maksudkan tuu biarlah aku sorang-sorang.aku kene yakin yang aku boleh jage diri sendri dan hidup atas kaki sendiri... dan nak pergi sane nanti aku tak nak sape-sape pon tau mane aku pergi dan kat mane aku menginap... hmm aku harap malam ni aku dapat mimpi yang macam semalam.. k r aku nak out r dulu.. mane tau boleh tido.aku boleh mimpi lagi macam semalam..

kisah sebenar lagu mirwana 'sudah cukup sudah'




JAKARTA – Kumpulan muzik dari Indonesia iaitu Nirwana yang popular di Malaysia dengan lagu Sudah Cukup Sudah memberitahu lagu itu dihasilkan bagi mengingati sahabat mereka yang mati akibat bunuh diri dalam kejadian beberapa tahun lalu.
Vokalis kumpulan tersebut, Denis berkata, sahabat mereka amat kecewa apabila kekasihnya berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga menyebabkan kehidupannya menjadi sengsara.“Sahabat kami ini baik orangnya tetapi dia mendapat teman wanita yang jahat kerana sanggup berlaku curang.
“Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan “sudah cukup sudah… biarlah aku pergi saja,” membuatkan kami amat terharu mendengar luahan hatinya itu,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui sini, baru-baru ini.Jelas Denis lagi, tidak lama kemudian, mereka mendapat berita lelaki berkenaan ditemui mati akibat membunuh diri sehinggalah mereka mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan.
Katanya, ketika merakamkan lagu tersebut, dia tidak dapat menahan sebak apabila mengenang peristiwa tersebut yang berlaku akibat masalah putus cinta.“Percaya atau tidak, saya menangis semasa merakamkan lagu itu. Saya benar-benar tak sangka sahabat saya mati akibat bunuh diri. Apabila saya mengilhamkan lagu berkenaan, saya benar-benar berharap contoh itu tidak dikuti oleh semua peminat saya,” katanya.
Sementara itu ditanya mengenai kehidupan mereka sebelum bergelar artis Nirwana memberitahu mereka hidup melarat termasuklah terpaksa tidur di bawah jambatan di negara ini.Mereka juga pernah makanan nasi berkongsi lima kerana tiada sumber pendapatan lain akibat kesempitan hidup.
“Kami hidup melarat, tidur di bawah jambatan dan juga di tepi kaki lima jalan. Tapi itu semua pengalaman berguna untuk kami iaitu bukan mudah untuk menjadi seorang ahli muzik yang berjaya sebenarnya.“Kami amat bersyukur kerana single pertama kami menjadi popular di Malaysia dan memasuki carta kebanyakan stesen radio disana,” katanya.
Selain Denis, Nirwana dianggotai oleh Henry (pemain dram), Arief (keyboard), Avew (gitar) dan Ekek (gitar utama).Kumpulan berkenaan berasa dar Subang, Jawa Barat dekat sini dan merupakan kumpulan muzik yang sedang mencipta populariti di Malaysia


*hiburan

budak sekolah zaman sekarang!!



masalah sosial dikalangan pelajar kita iaitu meraba-raba dalam kelas.Perkongsian ini sebagai pengajaran untuk anda yang ingin membuat perkara tidak senonoh kepada pasangan dengan erti kata lain sebelum melakukan sesuatu fikir dahulu baik dan buruknya jangan sampai gambar anda tersebar.Lokasi dimana gambar ni diambil adalah tidak dapat dipastikan. Yang pastinya, mereka ni adalah pelajar dari negara kita sendiri berdasarkan cara pemakaian baju seragam sekolah. Dalam gambar ni, boleh dilihat pasangan muda ni sedang berasmara didalam kelas. Jom tengok kat bawah ni.













*sosial
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...