Followers

Monday, 30 January 2012

cinta tak kesampaian



setiap daripada kita menyimpan hasrat yang tinggi untuk hidup bersama insan yang kita cintai dan kita sayangi namun tak semua daripada kita berjaya meraihnya...pasti ada yang terpaksa berkorban dengan memutuskan ikatan cinta demi menjaga hati orang lain sama ada teman, keluarga dan hati sesama manusia dan sebagai tanda akur terhadap permintaan mereka yang berasakan si dia bukanlah pasangan yang terbaik untuk kita....


mungkin tak semua  yang sanggup memenuhi permintaan sebegitu dan tekad berusaha untuk terus meyakinkan orang lain yang bahawasanya dialah insan yang boleh membahagiakan kita, namun saya percaya pasti ada juga yang lebih rela korbankan perasaan sayang dan cinta demi untuk menjaga hati orang lain meskipun hakikatnya jiwanya merana. semua ini merupakan suratan yang telah ditakdirkan untuk kita......


bagi yang memutuskan cinta atas permintaan keluarga..kita sering dengari, sesungguhnya orang tua kita lebih tahu apa yang paling baik untuk setiap anaknya dan tak ada ibu bapa yang ingin melihat anak mereka derita dan hidup dalam serba tak sempurna..disebabkan faktor itulah mereka sering menitik beratkan hal seperti kerjaya si dia,latar belakang keluarga dan sebagainya.....


bagi yang menemui jalan mudah dalam urusan cinta, sekalung tahniah saya ucapkan...anda seharusnya bersyukur kerana jalan  anda telah dipermudahkan dan harus sentiasa berusaha untuk memelihara dan menebalkan lagi talian cinta yang tercipta...namun bagi yang berdepan dengan situasi terpaksa melepaskan cinta demi penuhi permintaan keluarga dan untuk menjaga hati orang lain, saya harapkan agar sentiasa tabah dan jangan sesekali berfikir yang negatif seperti menganggap nasib anda malang dang sebagainya.kalau boleh jangan fikirkn tentang orang lain tp fikirlah tentang dri sendri dahulu dan ikutlh kata hati....


kita perlu percaya tiada apa yang ditakdirkan untu kita datangnya dari allah yang esa dan pasti ada sebab kenapa kita tak ditakdirkan hidup bersama si dia.. jangan putus asa, yang penting pulihkan semangat dan moga pengorbanan tulus dalam melepaskan cinta yang bertaut di hati demi untuk melihat teman, keluarga dan orang lain bahagia...ia juga mengandungi seribu hikmah yang menanti.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...