Wednesday, 28 March 2012
lelaki PLAYBOY!!!!!
sape yang tak pernah gagal bercinte??? aku yakin, semua yang pernah bercinta dan sedang bercinte pernah gagal dalam bercinta kan??cam tuu jgax dengan aku... banyak kenangan pahit yang pernah berlaku dulu masih lgi segar dlam ingatan aku... kalau bley memang aku nak buang smua kenangan-kenangan tuu jauh-jauh.tpi smua tuu tak boleh.. aku rasa smua yang pernah berlaku dulu,baru semalam terjadi... aku pernah disakiti dan dipermainkan bagi aku sekarang.lelaki hanya mendampingi perempuan atau wanita hanya kerana nak mempermainkan persaan prmpuan tuu...mereka lebih suka digelarkan sebagai "PLAYBOY"!! aku sendiri tak taw dan masih terfikir knape mereka suka digelarkan sebagai lelaki "PLAYBOY" dan banggakan gelaran tuu?? persoalan tuu masih lagi aku tercari-cari.. adakah mereka merasakan mereka hebat bile digelarkan sebagai "PLAYBOY"?? hakikatnye lelaki seperti nii yang selalu memusnahkan dan menghancurkan hati seorang wanita..mereka tak pernah pedulikan perasaan perempuan tuu.. ape dosa prempuan tuu?? besar sangat ke salah perempuan tuu??tak kan hanya perkara kecil mereka lakukan perempuan tuu seperti bukan manusia... hina sangat ke pempuan dimata mereka?? kebanyakkan mereka yang dah menyesal atas perbuatan mereka, dengan mudah je mereka meminta maaf dengan perempuan yang telah mereka sakiti... bagi perempuan tuu, mereka boleh memaafkan tetapi untuk melupakan perbuatan lelaki tersebut memang pahit dan perit sekali... ape yang aku nampak sekarang ni, kebanyakkan lelaki hanya mudah melafazkan ucapan 'maaf'..tapi adakah mereka betul-betul rasa bersalah dan menyesal ape yang mereka lakukan??? hurm cume mereka je taw kan....ape-ape pown lelaki sekarang memang susah dipercayai..kalau bley rr kan sebelum menerime lelaki tuu,setiap perepuan perlu menyelidik perangai dan tingkah laku lelaki tuu supaya hati mereka tidak disakiti oleh lelaki cam tuu.... jangan kerana lelaki tuu ensem,kite teroz terime dye..hakikatnye,kita sendiri yang akan merana...
10 PETANDA DIA JODOH KITA???
1.Bersahaja
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi
kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini.
Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama
ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah
ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.
Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan
melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya
tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini
penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika
tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita
yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini
menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh,
dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke
klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita
mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang
situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa
ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam
percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula
suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila
dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di
saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup
kita.
Tiada
siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku
dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita
memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia
menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang
untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah,
dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila
dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak
menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling
menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan
kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah
kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin
ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia
juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga
reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan
pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk
kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada
ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh
dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya,
dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi
atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita
melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika
dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia
dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah
kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya
sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
cintan cintun si teruna dan si dara
~PEPATAH CINTA~
...Kepada yg masih SINGLE...
Cinta
ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau
biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta
itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak
menerima.
...Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan
katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan
bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau
sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya
pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang
jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA"
saat ia terjatuh.
...Kepada yg ragu-ragu dgn PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.
...Kepada yg PATAH HATI...
Sakit...
patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris
luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita
mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai
pengajaran dan hikmahnya.
...Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana
kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai
terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak
adil. Cubalah untuk memahami tetapi bkn bermakna tidak boleh meminta
apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan
semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.
...Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu
patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi
akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yang kau cintai
ternyata tidak bahagia dgn mu.
...Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta
menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih
sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta
paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui
perasaanmu terhadapnya.
...Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TELAH PERGI...
Hal
menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh
cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau
telah mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak.
Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap
tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
..Cinta memang indah tp banyak ranjau onak berduri didalamnye..
(credit to nickeo fizri..sorry cilok picha awak!!)
p/s
: cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi
kebahagiaan dunia dan di akhirat..cintailah seseorang itu kerana
agamanya...dan cintailah dia namun jangan membatasi cintamu kepada
Allah swt.
kenape smua orang minat giler dengan vanila coklat?? hurmm pelik...
sekarang dah tak pelik dah...
ehem dah tahu sebabnya....hohohoho...
Opsss
ku telah jatuh cinta..Mesti korang pun jatuh cinta kan dengan drama
nie????..hehehe.....Fuii, rupanya drama nie best sangat..mula-mula aku tengowk citer nii, memang rase bosan giler dan aku stop tengok..tpi bile kawan-kawan aku tasyik duk bercerite psal cter nii,aku diam je..ahaksss nampok benor aku yang ketinggalan..so aku tengowk jgax cter nii..mula-mula tngok memang tak best tpi lame-lame best jgax..akhirnya terjumpa gak cite yang ngam dengan jiwa aku...ehemm
boleh cuci mata tengok si cantik Izara Aishah dan si kacak Aiman Mentor..Alahai,,, sweet nye mereka berdua...artis
baru nak naik nama....Zasss layan sinopsis citer Vanilla Coklat..hoho
tu bagi aku yang ketinggalan episod sebelum nie...T____T
SINOPSIS DRAMA VANILLA COKLAT TV3
sumber:google |
Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor)
20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka
berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.
sumber:google |
Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly)
sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka
benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang
lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya
bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai
kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal,
begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang
menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari,
Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.
Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir.
Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju
untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang
sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan
Aamir disatukan.Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
sumber:google |
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan.
Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari
situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian
bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun
pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan
hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih
tiada kemesraan di antara mereka.
sumber:google |
Zara
dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram
Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama
Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu
hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir
sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika
hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya
dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir
telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia
berjanji untuk makan bersama Zara.
sumber:google |
Dari
saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri
seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara
main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting
Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah
seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah
jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama
kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara
dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu
keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah
majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita
gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis
tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara
dan Aamir.
sumber:google |
Pada
hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan
Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia
menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir.
Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah
anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi
antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan
memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak
kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang.
Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai
Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga
mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad
selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk
memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat,
pasir mas "kilang jelitawan"
SEBUT
saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai
‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun
luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.
tersohor..gadis pasir mas terkenal di kelantan kerana kecantikan dan keaslian mereka. |
Malah,
tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan
comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama
seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.
Ini
kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan
seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama
seperti gadis zaman bangsawan.
Paling
ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda
lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di
tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.
Namun,
paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan
memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu,
lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah
memakai celak.
Ada
penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan
puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah
cantik dan ayu.
Ada
juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek
moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke
daerah ini sejak puluhan tahun lalu.
Nenek
moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari,
selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan
kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.
Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.
Antara
kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis
cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur
Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.
Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.
“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.
“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.
Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.
Pasir Mas, Kelantan
- Dipercayai dibuka sekitar abad ke-14
- Bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas
- Ia bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah timur dan jajahan Tumpat di sebelah utara
- Mempunyai keluasan 57,800 hektar
- Populasi penduduk seramai 206,400 orang (2009)
Berdasarkan
sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh
@ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil
alih oleh Sultan untuk membina istana.
Walaupun
pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh
yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah
Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.
Bekas
pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama
keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan
baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.
Che
Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia
terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau
dan keluarga melakukan kerja harian.
Katanya,
beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan
terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas
Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan
pangkalan perahu.
“Pada
masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di
kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar
beberapa bulan kemudian.
“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.
Menurut
Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing
membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang
melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.
Perkataan
‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di
tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga
membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas,
hasil cantuman perkataan pasir dan mas.
Selain
itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau
Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari
Indonesia, China dan Tanah Arab.
Difahamkan,
dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan
didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan
Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan
Pengkalan Tok Leper.
Hari niw Hari yang paling lawak!!!!
HaaHaaHaaHaa...HuuHuuHuuHuu...
hari niw 28 mac aku test kete ngan jpj.. banyak perkara yg berlaku ai niw dan aku rase lawak plax..hurm mane tak nyew.jpj yang muke sangat siyez sampai bley gelak ngan tingkah laku aku.. aku tak taw ape yang aku buat silap waktu tuu tpi smua tuu cume tak sengaje...smuanye psal nevez... sape yang tak nevez bile test ngan jpj kan??? cam tuu jgax rr yang tjdi kat aku ai niw dan smua yg lakukan test ai niw....
hikhikhik..fist skali yg berlaku time aku ad dlam kete tuu..aku ingat agy kete yg aku naik tuu kete no1...bagy aku.kete tuu tak de rr mslah sngat sbab sebelum test pun aku blajar ngan kete tuu.. mula-mula aku masuk kete tuu..aku tengowk muke jpj tuu siyez giler.tak senyum langsung..kecut perut aku.tpi aku tengowk encik tuu muda agy dan bley tahan rr..so masuk je kete aku cek smua skali.. crmin,signal,hon,krusi dan laen-laen.. tpi bile time aku nak cek gear,aku lupe nak tekan claq..so gear anew rr masuk kan??time tuu aku tak ingat sbab nvez giler..last2 encik tuu tegur aku dan aku menjawab...bile da ready, aku nak kluar p jalan raya..time tngah fikir-fikir tuu aku lupe nak pkai sitbelt...so sblum kluar dari jlan raya tuu aku bhnti dulu kat tepi nak pakai sitbelt..tpi blum sempat ape-ape agy encik tuu tegur aku psal aku tak pakai sitbelt..so aku tak taw rr cam anew aku bley mnjawab dan terkluar dari mulut aku "maaf encik.sy tahu..sebab tuu saya bhnti kat tepi nak pakai sitbelt tpi encik dah tegur..tady saya nvez sngat.lupe nak pakai"... encik tuu tibe-tibe senyum.aku tak taw ape yang aku ckap tuu lawak ke ape tpi kata-kata tuu kluar scara spontan dari mulut aku...mase tuu aku tkowt jgax.tkowt dye sworh aku trun dari kete tuu...tpi nasib baek tak..encik tuu cume sworh aku pegi jlan 'c'...aku ikowt jew..
time aku tngah bawak tuu, aku mengucap bnyak kali rr jgax sbab nvez sngt...hikhikhik... smbil aku tengah bawak tuu encik tuu borak-borak ngan aku.tpi dye sowx jew rr yang bnyak ckap,aku cume jwab sepatah dua jew... paz tuu dye cume diam je..mybe boring kowt sebab aku tak layan dye... mase yang same jgax.aku prsan dye gelax sorang-sorang..aku pown jeling tengowk dye..paz tuu aku fkir 'ad bnde yg tak kene ngan aku ke smpai dye gelax sorang-sorang dan ad bnde lawak ke yg jdy kat aku??'hurm last skli aku cume buat selamber jee... lame-lame baru encik tuu tegur aku smbil gelak.."awk nvez sngt ke smpai dri tady saya prhati mulut awk tuu tak abez-abez gerak.ape yang awk bace??klau saya ckap ngan awk tady,sya cume dgar sepatah dua je jwapan dari awk.." kmudian dye gelak tak abez-abez dan psang radio smbil nyanyi... aku yang duk tpi encik tuu rsew gerun plax..
last-last sampai kat dlam litar tuu,dye sbuk isi markah kat aku..sambil dye isi markah tuu, sempat agy dye ckap "awk ni laen..blum pnah sya jmpe orng yang brani mnjawab mulut ngn jpj.kbnyakkan nye cume diam je bile kene marah".. aku rase malu jgax time tuu dan rse takowt pown ad jgax..anew rr taw dye buat aku 'FAIL'..ape yang aku mampu jawab "maaf encik.sya tak taw ape sya ckap..tbe-tbe tkluar ngan sendiri dri mulut"...encik tuu cme diam jee dan sibuk isi markah aku.. sblum dye bagy borang tuu,sambil senyum dye smpat ckap "saya tak marah pun.saya taw awk nvez..dan sya tak kisah ape awk ckap"...
lpaz trun je dri kete.aku langsung tak tngowk borang tuu..aku rase mybe aku 'FAIL'..sampai kat tmpat pndaftaran tuu.cikgu kat situ ckap aku lulus...fuhh epyy giler aku time tuu... paz abez giliran aku.dye snyum je tak cam giliran seblum aku tady..asyik siyez je...
hah!!! niw plax psal adq aku..encik tuu sroh p jlan 'c' dye p jln 'a'..smua orang nak p jlan 'c' sebab jlan tuu xbzy ckit tpi adq aku niw p tibai jalan 'a'(jalan bandar)... encik tuu cume gelak je rr..nsib baek dye tak sroh trun dari kete tuu..law tak mmg da 'FAIL' rr...nsib baek encik tuu sporting....
so paz niw xpning agy da rr psal kete..nanti cume nvez psal motor plax..aduiii..mintak-mintak.mtor paz...
hari niw 28 mac aku test kete ngan jpj.. banyak perkara yg berlaku ai niw dan aku rase lawak plax..hurm mane tak nyew.jpj yang muke sangat siyez sampai bley gelak ngan tingkah laku aku.. aku tak taw ape yang aku buat silap waktu tuu tpi smua tuu cume tak sengaje...smuanye psal nevez... sape yang tak nevez bile test ngan jpj kan??? cam tuu jgax rr yang tjdi kat aku ai niw dan smua yg lakukan test ai niw....
hikhikhik..fist skali yg berlaku time aku ad dlam kete tuu..aku ingat agy kete yg aku naik tuu kete no1...bagy aku.kete tuu tak de rr mslah sngat sbab sebelum test pun aku blajar ngan kete tuu.. mula-mula aku masuk kete tuu..aku tengowk muke jpj tuu siyez giler.tak senyum langsung..kecut perut aku.tpi aku tengowk encik tuu muda agy dan bley tahan rr..so masuk je kete aku cek smua skali.. crmin,signal,hon,krusi dan laen-laen.. tpi bile time aku nak cek gear,aku lupe nak tekan claq..so gear anew rr masuk kan??time tuu aku tak ingat sbab nvez giler..last2 encik tuu tegur aku dan aku menjawab...bile da ready, aku nak kluar p jalan raya..time tngah fikir-fikir tuu aku lupe nak pkai sitbelt...so sblum kluar dari jlan raya tuu aku bhnti dulu kat tepi nak pakai sitbelt..tpi blum sempat ape-ape agy encik tuu tegur aku psal aku tak pakai sitbelt..so aku tak taw rr cam anew aku bley mnjawab dan terkluar dari mulut aku "maaf encik.sy tahu..sebab tuu saya bhnti kat tepi nak pakai sitbelt tpi encik dah tegur..tady saya nvez sngat.lupe nak pakai"... encik tuu tibe-tibe senyum.aku tak taw ape yang aku ckap tuu lawak ke ape tpi kata-kata tuu kluar scara spontan dari mulut aku...mase tuu aku tkowt jgax.tkowt dye sworh aku trun dari kete tuu...tpi nasib baek tak..encik tuu cume sworh aku pegi jlan 'c'...aku ikowt jew..
time aku tngah bawak tuu, aku mengucap bnyak kali rr jgax sbab nvez sngt...hikhikhik... smbil aku tengah bawak tuu encik tuu borak-borak ngan aku.tpi dye sowx jew rr yang bnyak ckap,aku cume jwab sepatah dua jew... paz tuu dye cume diam je..mybe boring kowt sebab aku tak layan dye... mase yang same jgax.aku prsan dye gelax sorang-sorang..aku pown jeling tengowk dye..paz tuu aku fkir 'ad bnde yg tak kene ngan aku ke smpai dye gelax sorang-sorang dan ad bnde lawak ke yg jdy kat aku??'hurm last skli aku cume buat selamber jee... lame-lame baru encik tuu tegur aku smbil gelak.."awk nvez sngt ke smpai dri tady saya prhati mulut awk tuu tak abez-abez gerak.ape yang awk bace??klau saya ckap ngan awk tady,sya cume dgar sepatah dua je jwapan dari awk.." kmudian dye gelak tak abez-abez dan psang radio smbil nyanyi... aku yang duk tpi encik tuu rsew gerun plax..
last-last sampai kat dlam litar tuu,dye sbuk isi markah kat aku..sambil dye isi markah tuu, sempat agy dye ckap "awk ni laen..blum pnah sya jmpe orng yang brani mnjawab mulut ngn jpj.kbnyakkan nye cume diam je bile kene marah".. aku rase malu jgax time tuu dan rse takowt pown ad jgax..anew rr taw dye buat aku 'FAIL'..ape yang aku mampu jawab "maaf encik.sya tak taw ape sya ckap..tbe-tbe tkluar ngan sendiri dri mulut"...encik tuu cme diam jee dan sibuk isi markah aku.. sblum dye bagy borang tuu,sambil senyum dye smpat ckap "saya tak marah pun.saya taw awk nvez..dan sya tak kisah ape awk ckap"...
lpaz trun je dri kete.aku langsung tak tngowk borang tuu..aku rase mybe aku 'FAIL'..sampai kat tmpat pndaftaran tuu.cikgu kat situ ckap aku lulus...fuhh epyy giler aku time tuu... paz abez giliran aku.dye snyum je tak cam giliran seblum aku tady..asyik siyez je...
hah!!! niw plax psal adq aku..encik tuu sroh p jlan 'c' dye p jln 'a'..smua orang nak p jlan 'c' sebab jlan tuu xbzy ckit tpi adq aku niw p tibai jalan 'a'(jalan bandar)... encik tuu cume gelak je rr..nsib baek dye tak sroh trun dari kete tuu..law tak mmg da 'FAIL' rr...nsib baek encik tuu sporting....
so paz niw xpning agy da rr psal kete..nanti cume nvez psal motor plax..aduiii..mintak-mintak.mtor paz...
Thursday, 15 March 2012
AKU BERNASIB BAEK!!!
aku?? sape tak kenal aku?? cikgu kat sekolah tuu dah tak larat nak nasihat dan membebel kat aku..tak termasuk yang anti btol ngan aku... kat sekolah aku memang malaz sangat.tiap kali cikgu mengajar,msty aku akan tido, bergosip rr, cam-cam rr yang aku buat..kadang-kadang tuu aku buat kije hanye separuh jalan jew.. aku memang malz sangat.. rsult STPM aku, aku dapat 2.00 je tapi aku tak menyesal sebab aku memang tak nak masuk f6 dan sepanjang aku msuk f6,aku tak pernah belajar... aku bace buku pown malam nak exam.hikhikhik... aku dapat 2.00 tuu cume bernasib baek.. sampai-sampai bile aku dah dapat result, ramai cikgu nak tengowk result aku.. ramai cikgu ingat aku fail!! ye rr aku taw.time skola dulu aku malaz.dan ad jugax yang cakap aku tak layak nak masuk f6.. tapi bile dorang tengowk result aku, ape lgy yang dorang nak cakap??dorang tak bley nak ckap ape-ape dah... hurm aku bukannye marah sangat kat cikgu-cikgu tuu tpi aku tak bley nak lupekan smua kate-kate cikgu tuu..ad cikgu pempn ckap group aku ni menggtal ngan cikgu laki.. ya allah.slah ke law kite nk belajar dan tanye ape yang tak faham??tak bley tengowk sikit pljar permpuan ckap lame-lame sikit ngan cikgu laki mulalah ad bende yang nak cakap...
hurm lepaz aku dapat result tuu aku tunjuk ngan cikgu yang pernah mengajar aku... tapi aku malu sikit rr ngan cikgu syukri.. dye mengajar aku seni1.. time claz dye, aku selalu tido dan borak-borak.. paz dye tengowk result aku, dye ckap "awk ni dpat 'A' jgax lam subjek saya.. awk ni dulu malaz..nasib baik awk bley"..sampai kan dye ckap kat kawan aku aniz y tak taw ape-ape "dulu dye(aku) ni malz belajar nii.malz sangat sampai tak taw nak buat cam ane dah nak sworh rajin".. lpaz cikgu cakap cam tuu, aku cume senyum je rr.mmang tak dinafikan aku memang bernasib baek.. cume yang aku frust sikit ngan subjek 'bm'..hampeh btol rr..
hurm lepaz aku dapat result tuu aku tunjuk ngan cikgu yang pernah mengajar aku... tapi aku malu sikit rr ngan cikgu syukri.. dye mengajar aku seni1.. time claz dye, aku selalu tido dan borak-borak.. paz dye tengowk result aku, dye ckap "awk ni dpat 'A' jgax lam subjek saya.. awk ni dulu malaz..nasib baik awk bley"..sampai kan dye ckap kat kawan aku aniz y tak taw ape-ape "dulu dye(aku) ni malz belajar nii.malz sangat sampai tak taw nak buat cam ane dah nak sworh rajin".. lpaz cikgu cakap cam tuu, aku cume senyum je rr.mmang tak dinafikan aku memang bernasib baek.. cume yang aku frust sikit ngan subjek 'bm'..hampeh btol rr..
ni rr keje aku..time cikgu mengajar, aku tido...aku tak taw sape y snap pic aku ni... aku tak sedar langsung.nyenyak sangat tido..tengowk-tengowk ad orang yang tag kat fb aku.. |
Dah dapat result STPM??
aku dah dapat result..result aku tuu orang cakap boley rr dari xde kan... mula-mula aku ingat bile dah dapat result lega rr kan.. tpi sebenarnye tak.. cikgu maznah ad cakap kat aku.ngan result yang aku dapat tuu, aku kene mohon UNIMAS,UMS dan UITM... law UITM tuu aku tak rr kisah sngat tpi law UNIMAS dan UMS tuu susah rr ase... abah memang xckap ape-ape law aku dapat p sane pown tpi cam ane plax ngan aku?? aku takowt aku p sane aku tak bley idop.. yew rr aku tak bley jauh ngan umi dan abah lame-lame.law ad membe yang rapat ngan aku tak pe rr jgax..kurang skit rase sedih n rindu tuu.. resau plax aku rase.. aku harap-harap dapat uitm shah alam je..dkat rr sikit..time rindu, aku bley balik..tp law aku dapat kat tempat jauh asewnyew dapat demam sebulan aku..nak buat cam ane,aku tak pernah berpisah ngan umie dan abah lame-lame... aku tengok umie pown sekarang, cam dah takut law msalnye aku dapat tempat jauh-jauh.. anew tak nye aku niw prmpuan, anak sulung plax tuu.. ngan perangai degil, keras kepala dan nakal aku ni rr yang buat dye rsau... sebenarnye aku bukan jew takut berpisah ngan fmly aku.tpi aku pown takut jgax law bpisah ngan kawan-kawan aku... dorang je taw perangai aku... law aku sorang-sorang kat sane, msty susah sikit...hurm cam anew ni??? :"(
kenape susah lupakan seseorang???
malam ni aku nak tulis psal topik ni. "mengapa kita susah nak lupakan bekas kekasih yang dah tinggalkan kita kesunyian??"... tibe-tibe aku nak ckap psal topik ni sbab ad sorang gurlz tanye aku.. dye dah lame putus ngan ex-bf dye tapi dye susah nak lupakan ex dye tuu... memanglah susah utk kite lupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kite tapi kite kenelah cube lupakan dye... law aku tengowk dari situasi gurlz tuu, dye tak dapat lupakan ex-bf dye sebab dye tak nak lupakan si dye.. malah dye sengaje tengok gambar ketika bersame ngan si dye, layan angau ngan denganye dan saje nak ikut hasutan nafsu diri... sebenarnye law ada kemahuan, tentu dye dapat lupakan semua tuu... dye kenelah lupakan perkara yang dah lepas.. dan dye perlu mulakan hidup yang baru!!! so jika nak lupakan ex-bf dye tuu.dye kenelah mulakan ngan satu tekad mulai hari ni... dye kene lupakan orang yang tinggalkan dye dan berfikir secara positif.. jika dye tabah.mungkin dye akan dapat kebahagiaan yang diingini itu semula... yang penting, janganlh berputus asa dengan cinta dan tak perlu mengingati kembali orang yang telah menyakiti hati kite... sebagai perempuan kite kene jage maruah diri kite dan jangan gadaikan maruah kite untuk seorang laki yang tak guna... so fikir-fikirkan lah...
kenape benci tengowk orang couple???
aku tengok dan bace komen lam fb sekarang, ramai yang mudah menyampah dan benci bila tengok orang laen yang sedang bercouple dan bahagia... siap mengata lagi.. "perasanlah, tak padanlah, drama lebihlah, tipu semua tuu"... biar betul sekali pun yang penting capture saat gembira dan bahagianya itu biarlah terpahat disanubari dan cube bayangkanlah selalu jika kite sndiri sepertinya suatu hari nanti.. so tak payahlah nak benci dengan kebahagian orang laen.. suatu hari nanti mesti kite akan kecapi saat-saat itu sendiri....
Saturday, 3 March 2012
Nak JAdi cam 'Dato Siti'
bile aku tengowk dress yang siti pakai niw, memang cantik rr.. dress pink yang dicampurkan dengan colour biru nampak cantik sangat... aku rase aku teringin nak memiliki dress cam tuu plax..hikhikhik..lawax kan?? tapi btowl aku cakap colour dress yang dye pakai tuu sesuai sangat.. pink lembut dan biru lembut, memng sesuai... kene rr cmpurkan colour laen sikit bawu nampax cantik.tak kan asyik pink jew..tak pown pink putih..dah jemu aku tengowk colour pink dicampukan dengan colour putih... colour cam ni rr sesuai...siti nampak anggun mengenekan dress yang cantik niw.. nampak cam seorang puteri... sesuai ngan kecantikan dan kelembutan dye...
Result stpm nak kaluar??
7 ai bulan result stpm nak kluar.. rase takowt tbe-tbe muncul cam rase mula-mula nak masuk dewan exam.. berdebar plax rase.. ai niw 3 ai bulan,tinggal 4 ai je agy... aku tak taw nak buat ape skarang ni... aku lulus atau tak?? sape tak nak lulus kan??semua orang nak lulus.. aku harap aku lulus... memang stpm susah tpi aku dah buat yang terbaik... kalau tak lulus jugak aku tak kisah kalau aku trpakse amex exam untuk kali ke-2 pown... orang laen yang tak amex stpm memang senang rr cakap.. ad yang ckap stpm lebey senang dari budak 'u' study.same cam exam spm rr.. law senang cube rr buat tak payah nak cakap je.. aku paling menyampah orang cakap cam tuu... kebanyakkannye cume nak merendahkan budak-budak yang amex stpm... kalau kene atas batang hidung sendiri baru taw... ape-ape pown aku harap aku dan rakan-rakan seperjuangan aku lulus... aku harap lepas ni bley buat degree.law hasrat aku tak tercapai agy,aku akan cube agy... aku taw aku bley...eifa mesti bley kan?? harap-harap lulus...
Subscribe to:
Posts (Atom)