sekarang dah tak pelik dah...
ehem dah tahu sebabnya....hohohoho...
Opsss
ku telah jatuh cinta..Mesti korang pun jatuh cinta kan dengan drama
nie????..hehehe.....Fuii, rupanya drama nie best sangat..mula-mula aku tengowk citer nii, memang rase bosan giler dan aku stop tengok..tpi bile kawan-kawan aku tasyik duk bercerite psal cter nii,aku diam je..ahaksss nampok benor aku yang ketinggalan..so aku tengowk jgax cter nii..mula-mula tngok memang tak best tpi lame-lame best jgax..akhirnya terjumpa gak cite yang ngam dengan jiwa aku...ehemm
boleh cuci mata tengok si cantik Izara Aishah dan si kacak Aiman Mentor..Alahai,,, sweet nye mereka berdua...artis
baru nak naik nama....Zasss layan sinopsis citer Vanilla Coklat..hoho
tu bagi aku yang ketinggalan episod sebelum nie...T____T
SINOPSIS DRAMA VANILLA COKLAT TV3
sumber:google |
Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor)
20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka
berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.
sumber:google |
Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly)
sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka
benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang
lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya
bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai
kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal,
begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang
menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari,
Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.
Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir.
Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju
untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang
sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan
Aamir disatukan.Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
sumber:google |
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan.
Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari
situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian
bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun
pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan
hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih
tiada kemesraan di antara mereka.
sumber:google |
Zara
dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram
Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama
Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu
hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir
sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika
hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya
dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir
telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia
berjanji untuk makan bersama Zara.
sumber:google |
Dari
saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri
seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara
main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting
Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah
seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah
jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama
kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara
dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu
keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah
majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita
gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis
tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara
dan Aamir.
sumber:google |
Pada
hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan
Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia
menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir.
Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah
anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi
antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan
memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak
kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang.
Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai
Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga
mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad
selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk
memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat,
No comments:
Post a Comment