Untuk
mengetahui seseorang perempuan / lelaki itu menyukai seseorang amatlah
banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri.
1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan kita kemudian tersenyum.
Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata
di muka kita. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada kita, itu bermakna dia merasakan kita seorang yang menarik dan ingin
menceriakan hidup kita dengan senyuman dia.
2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan kita.
Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
3. Ketika dia berborak dengan kita, dia akan nampak gelisah dan resah.
Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan
jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi
merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, kita akan nampak dia
memberikan perhatian 100% ketika kita bercakap.
4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap kita
seperti menepuk bahu kita, menyentuh tangan kita atau mungkin juga
mencubit kita dan bukannya 'body contact' dalam permainan rugbi. Paling
tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan kita.
5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, "adalah
..."
sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat kita
cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat kita belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi kita.
6. Dia juga akan bertanya siapa yang kita suka dengan perasaan ingin tahu.
Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit
kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah
perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan
senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
7. Ketika kita dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah kita sama ada kita sedar atau tidak.
8. Si dia akan mengharapkan kita untuk mengajaknya keluar
dengan mengulang perkataan "bosannye ....." atau mungkin bertanya
tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk
mengajak kita keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya belanja".
9. Dia tahu mengenai hal peribadi kita.
Dia tahu tentang keluarga kita, apa yang kita suka dan apa yang kita tidak
suka malahan mungkin juga dia tahu perangai kita sendiri yang kita
tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile kita di facebook. Dalam
kata lain, dia ialah seorang 'stalker'!
10. Apabila kita telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang kita, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja kita.
11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama kita.
Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk kita. dia menjadi peneman ketika kita susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon kita atau
sekurang-kurangnya sms kita. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk
satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.
No comments:
Post a Comment