Mari
baca cerita dan kisah seram di Lebuhraya Karak. Sekarang ni, semua
sudah maklum bahawa jalan lebuhraya karak memang agak berpuaka dan
pelbagai kematian membabitkan kemalangan maut terjadi di jalan raya
berkenaan. Bukan sahaja kemalangan, malah pelbagai cerita penampakan
makluk halus turut dilaporkan oleh pemandu yang penuh lalu di laluan
berkenaan. Untuk maklumat anda, lebuhraya karak mula dibina pada 1970
dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini
menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0
km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan
terkenal iaitu Genting Highland.
Antara Kisah Benar Kejadian Seram Di Karak Highway
Misteri Volkswagen Kuning
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang
sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu
Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun
1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia
sesuatu yang mengaibkan.
tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk
memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar
hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu
adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami
malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu
memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.
Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Menurut pengalaman seorang pelajar UIA (tidak perlu disertakan nama)
yang datang dari Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal pernah
melalui dan tersermpak dengan kereta kuning di lebuhraya itu pada tahun
2009 pada waktu senja kira-kira jam 7.30. Disebabkan beliau mengetahui
akan misteri tersebut, beliau hanya ambil langkah bertenang dan tidak
memotong kereta tersebut. Kereta tersebut bergerak tanpa pemandu…
Penampakan Pontianak
Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal
minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya.
Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup. Hadi
bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu
sekali.
“Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but
kereta kau tapi muka dia menghadap kita. “Masa aku toleh ke belakang
tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Saifullah ketika
menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di
Lebuh Raya Karak.
Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan
diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang
kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi.
“Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi.
Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran.
Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit,” ujar
Saifullah.
Apabila
keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan
kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar. “Mungkin mereka nak
beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur
juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut
melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini
mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.
Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang
berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras.
Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah
ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya
pada waktu malam.
Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran
kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang
berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal
perkuburan lama.
Budak Sesat Cari Emak
Pada suatu malam, ada seorang lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur
mahu pulang ke rumah pada waktu malam. Selalunya ramai orang memilih
untuk mengguna lebuh raya Karak pada waktu malam kerana mahu mengelakkan
kesesakan jalan raya dan juga bahang panas matahari.
Namun, lelaki ini yang begitu suci pemikirannya daripada kisah-kisah
hantu di lebuh raya Karak terlalu penat pada malam itu, lalu memilih
untuk berhenti memandu dan tidur di dalam kereta di tepi jalan. Silap
besar! Itulah yang berlaku. Mungkin Uncle Seeker boleh menggunakan idea
ini untuk mengesan kewujudan entiti dan bukti kewujudan hantu di Lebuh
Raya Karak.
Baru sahaja beberapa minit dia terlelap, dia kembali dikejutkan
dengan bunyi ketukan tingkap dari luar. Rupa-rupanya ada seorang budak
lelaki yang merenungnya tanpa berkelip-kelip dan bertanya kepadanya di
mana ibunya.
Pemandu itu masih mempunyai naluri yang kuat. Nalurinya kuat
mengatakan dia harus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju dan
jangan mempedulikan budak misteri itu. Pemandu itu pun terus
meninggalkan tempat tersebut dengan kereta yang dipecut laju. Dari
cermin belakang keretanya, dia melihat budak itu masih mengejar dengan
laju walaupun pada ketika itu kereta pemandu itu sedang bergerak pada
kelajuan melebihi had laju nasional. Budak itu masih lagi mampu
mengekori keretanya dan sempat lagi bersaing sebelah menyebelah dengan
pemandu kereta itu. Budak itu terus bertanya dan bertanya jika pemandu
itu tahu di mana ibunya.
Kemudian sebuah kereta polis peronda pun muncul lalu mengekori kereta
lelaki itu. Ketika itulah hantu budak sesat cari ibu itu menghilangkan
diri. Lelaki ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun menceritakan
segala-galanya kepada pegawai polis. Pegawai polis memberitahu lelaki
tersebut:
Pada suatu ketika dahulu, ada kemalangan berlaku di sini. Kemalangan
itu berlaku dipercayai kerana penumpang di dalam kereta tersebut tidak
memaki tali pinggang keledar keselamatan semasa memandu. Dalam
kemalangan itu, ibu kepada budak tersebut telah tercampak keluar dari
keretanya. Manakala budak tersebut kekal di dalam kereta. Disebabkan hal
itu, budak itu pun merayau-rayau mencari ibunya sehingga kini.
Lelaki ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun bertanya bila peristiwa itu berlaku. Pegawai polis itu memberitahu, lama sudah.
Lelaki itu berasa pelik kenapa budak itu tidak membesar. Polis itu
pun memberitahu, kalau dah namanya hantu, seratus tahun lagi pun macam
itulah rupanya.
Begitulah kisah hantu budak sesat cari emak di lebuh raya Kuala
Lumpur. Ada orang kata semasa kemalangan itu berlaku, budak itu yang
duduk di bahagian depan, manakala ibunya sebagai pemandu. Dalam
kemalangan itu, cermin pecah dan kaca menusuk ke mata budak itu.
No comments:
Post a Comment