Followers

Saturday, 24 August 2013

CINTA TIDAK DIPAKSA

seorang perempuan mencintai seorang lelaki, apakah cinta itu lahir daripada paksaan atau sogokan???

paksaan tidak akan melahirkan cinta. begitu juga dengan sogokan. kita mungkin boleh menyogok manusia dengan wang dan kedudukan kita, tetapi untuk memastikan didalam hati mereka ada ketulusan cinta untuk kita,itu belum pasti lagi.. mereka mungkin akan suka berada dekat di sisi kita, tetapi bukanlah diri kita.. kadang-kadang kerana wang dan kedudukan yang ada pada kita.

hakikatnya, mereka tidak cinta kepada diri kita tetapi mereka cinta akan harta dan kedudukan kita. setelah habis harta kita, hilang kedudukan kita, maka pudarlah segala perasaan yang kononnya dahulu dikatakan cinta.. cinta tidak boleh dipaksa. ia lahir tulus dari dalam jiwa. ia bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat atau direka-reka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...