Followers

Sunday, 20 October 2013

CINTA YANG MEMPERSONAKAN


Cinta itu bukan sahaja indah, tetapi mempersonakan. dalam cinta sebenarnya ada sifat nakal, tetapi lebih daripada itu, cinta adalah suci dan bersih. kita dapat menerokai cinta yang setulusnya sebagaimana kita melihat anak-anak kecil yang comel dan bersih. anak-anak kecil tersebut senyum dan merapati kita. kita akan terpesona bukan sahaja kerana kecomelan anak tersebut,tetapi kerana dia adalah insan yang tiada dosa.

namun, sifat cinta yang mempersonakan selalunya dicemari oleh noda-noda yang dilakukan oleh manusia-manusia yang tidak tahu hendak menilai cinta.

apa-apa sahaja yang dilakukan oleh seseorang kekasih,akan dianggap mempersonakan, cantik dan betul oleh pasangannya. walaupun dia tahu hal tersebut adalah suatu perbuatan dosa yang pasti menodai cinta mereka. begitulah yang selalunya melanda pasangan yang bercinta. tidak kira mereka bijak atau tidak, kerana kebijakan akan menjadi bodoh jika mereka mudah terpesona dengan mainan nafsu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...