jika kita masih ingin mencubanya..
jangan sesekali kita menyerah jika kita masih sanggup..
jangan sesekali juga kita menyatakan yang kita tidak menyintainya
jika kita masih tidak dapat melupakannya..
cinta datang pada seseorang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka sering dikecewakan..
kepada mereka yang masih percaya adanya cinta walaupun mereka telah dihina,
kepada mereka yang masih ingin mencintai dan ingin dicintai walaupun mereka mereka sering disakiti,
dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan juga keyakinan untuk bangkit dengan kepercayaan
jangan sampai kita menyimpan ayat-ayat cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia dan akhirnya kita terpaksa menyimpan ayat-ayat cinta di dalam hati kita dan terpaksa menulis kata-kata cinta di pusaranya..
sebaik-baiknya ucapkan ayat-ayat cinta yang telah tersimpan di dalam hati kita selagi masih ada hayatnya..
hal yang paling menyedihkan di dalam hidup kita ialah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita dan hanya bertemu untuk mengatakan berakhirnya cinta yang telah kita semaikan dalam diri kita dan ia menjadi tidak bererti kepada kita
kita perlu membiarkan dia pergi...
kadang-kadang kita juga tidak menghargai seseorang itu yang telah mencintai kita dengan sepenuh hatinya
sehinggakan kita telah kehilangannya dan pada waktu itu juga tiada gunanya untuk kita bersedih dan menyesal kerana dia telah pergi tanpa berkata-kata lagi...
* aku menulis berdasarkan apa yang aku pernah rasa dan sering bermain difikiran aku.. aku harap semua yang aku rasa tak kan berlaku lagi dan aku akan hargai apa yang aku ada sekarang
mood: sad
No comments:
Post a Comment