hati.. semua orang tak kan faham hati seseorang.. walapun ayah, ibu, adk, kakak, abang dan orang yang paling kita sayang tak kan faham hati dan perasaan kita samada kita marah, sedih, happy dan lain-lain.. cuma diri kita sendiri yang mengetaui tentang hati dan perasaan kita.. apabila kita mengetahui hati dan perasaan kita, cuma kita yang dapat kawal tanpa diluahkan kepada sesiapa dan disebabkan itu kita akan jadi seorang perahsia tentang diri kita sendiri..
jika kita merasa sedih, kita tak perlu luahkan kepada sesiapa saja.sebab tiada siapa yang boleh membantu kita.. kita berbuat baik, orang melihat kita jahat.. kita diam,orang kata kita sembunyikan sesuatu jadi setiap kemarahan dan kesedihan kita perlu tangisi di dalam hati kerana setiap kemarahan dan kesedihan itu akan diperlekehkan oleh orang lain.. walau hati sedang sedih.kita perlu sentiasa senyum terutama sekali wanita.. wanita tidak boleh nampak lemah dimata lelaki..semua wanita perlu sentiasa kuat dihadapan lelaki walaupun wanita tersebut sebenarnya lemah...
sperti apa yang aku alami sekarang ni.. memang aku rasa sakit hati sangat..rasa nak marah sangat... sejak semalam aku cuba kawal diri aku tapi tak dapat..aku selalu ingat apa yang dia cakap... setiap kali dia ingatkan aku. bila dia col dia tak nak aku hilangkan mood dia.. tapi semalam aku tunggu dia dari pagi sampai malam. dia buat aku rase sakit hati sampai aku tak boleh tidur langsung malam tadi.. padahal aku da cuba kawal tak nak bagi dia badmood tapi dia buat aku macam apa?? macam orang tak de perasaan.. aku tak tahu nak luah dekat sape pun.cuma dekat sini yang mampu aku luah.. ya..aku tahu aku pun salah jgak semalam sebab aku salah cakap.. aku memang salah cakap tapi bukan maksud aku macam tuu.. maksud aku 'aku tahu dia tak suka aku jdi model sebab bahaya jadi aku nak dia tahu aku tak suka dia jadi p...... sebab p...... selalunya tak boleh pilih watak yang dorang nak.. kalau nak penyanyi ke ok r jga.ni p...... memang r aku tak suka.. tapi kalau dia nak jadi sangat tak pe r.. jadi r.. lagipon dia da cakap dia tak nak orang halang dia.mungkin aku patot diam je semalam...
tapi yang paling aku marah kenapa dia tiba-tiba sebut nama perempuan tuu?? perasaan jeles dekat perempuan tuu memang tak.sebab buat apa aku jeles dengan perempuan sombong cam tuu.. memang r dia artis tapi aku tak pernah nak jeles dekat perempuan macam tuu.. kalau jeles dekat perempuan macam tuu nak buat apa.rugi je.. macam dia cakap r.model perempuan pakai tudung semua dah rosak.so buat apa aku jeles dengan perempuan kotor?? rugi giler kalau aku jeles dengan orang macam tuu.. tapi yang aku bengang sangat semalam dia bela perempuan tuu.. dia tak tahu apa yang buat aku benci giler dengan perempuan tuu dan dia senang-senang je bela perempuan tuu?? aku tak pernah bagitahu kenapa aku tak suka perempuan tuu sebab aku tahu perempuan tuu kawan dia.. mase mula-mula kenal lagi dia bagitahu yang perempuan tuu kwan satu kelas dengan dia so buat apa aku bagi tahu..
aku tak suka perempuan tuu sebab sombong nak mampus.. aku tahu la artis tapi perlu ke sombong.. bukannya tuhan sampai nak sombong macam tuu.tuhan pun tak sombong k.. perempuan tu pernah gelakkan aku sebab aku budak 'art&design'.. bodoh sangat ke budak 'art&design' ni sampai nak perlekehkan macam tuu?? aku pernah tegur perempuan tuu dulu tapi dia jeling aku. malu aku orang tengok sebab aku tanye dia tapi tak dilayan... ala bukan aku je, zila dengan eli pernah kene dengan perempuan tuu.depan aku pulak tuu dia buat macam tuu..kalau ikutkan hati aku memang aku nak tampar je perempuan tuu.. aku ingat kan bila dia tahu aku girlfrnd si ezan baik sikit perangai, tapi rupanya tak.. depan ezan bukan main lagi senyum2 dekat aku siap hai2!! tapi bila ezan tak de aku senyum dekat dia.dia jeling aku..macam hari tuu balik..aku tak tahu apa masalah perempuan tuu sampai nak jeling-jeling dekat aku..rase nak korek biji mata perempuan tuu..
dengan sikap perempuan tuu dekat aku,patot ke dia bela perempuan tuu dari aku?? dia bela perempuan tuu macam malaikat.. siap tuduh aku suka berfikiran buruk pasal perempuan tuu.. aku pikir buruk apa??dah memang betul perangai perepuan tuu jijik sangat.. bila aku bagitahu dia.dia tak percaya.. dia tetap salahkan aku..aku tak tahu r.aku ni siapa dalam hati dia.. selama aku dengan dia semalam yang paling sakit aku rasa.. aku lebih rela dia marah-marah aku dari dia bela perempuan tuu..
dari semalam sampai sekarang aku asyik terpkirkan semua ni.. seorang boyfriend yang menganggap aku sebagai seorang yang selalu buruk sangka pada orang lain.. aku terima apa yang dia cakap pada aku. 'seorang berhati hitam'... dia dah sakitkan hati aku sekali.. lepas ni kalau dia sakitkan hati aku lagi, aku tak tahu r.. aku anggap dia tak sama macam laki lain tapi dia anggap aku 'perempuan berhati hitam dan kotor'.. aku tak tahu kenapa kali ni aku rasa sedih sangat... rasa macam hati aku kena cucuk... aku tak pernah pikir semua ni sampai tak tidur-tidur lagi sampai sekarang.. aku dah tak mampu nak tahan sedih ni lagi..kalau dia anggap aku perempuan yang dia sayang, dia buktikanlah dan hilangkan rasa sakit yang aku rasa sekarang.. kalau anggap aku perempuan biasa tak perlulah nak buktikan apa-apa.. dan bab dia nak jadi 'p......' tuu aku da tak kisah.. angan2 dia.biar r...
No comments:
Post a Comment