Thursday, 12 April 2012
Fobia yang paling pelik di dunia..
definisi fobia mengikut kamus dewan: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang wujud tapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.
optophobia: fobia untuk membuka mata
mungkin fobia yang paling pelik di dunia!! mereka yang memiliki masalah ini, sukar utk buka mata sendiri. tugasan harian adalah mimpi ngeri utk pengidap Optophobia. jika korang boleh membaca ap yang ditulis ini, jangan bimbang..ternyata korang tidak memiliki penyakit fobia tersebut..
chorophobia: fobia terhadap tarian
apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.
Geliophobia: fobia terhadap gelak ketawa
banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. namun, untk yang menderita fobia seperti ini, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.
Arachibutyrophobia: takut mentega kacang melekat kepada lelangit mulut
senarai yang tidak lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. pengidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!!
Heliphobia: takut kepada cahaya matahari
pastinya satu keadaan yang amat sukar untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. satu, ia sukar dilakukan. keduanya, ia juga tidak elok untuk kesihatan(jika dijauhi sepenuhnya). bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.
Deipnophobia: takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.
Neophobia: takut kepada benda baru
ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan juga pengalaman baru. namun bagi pengidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. pengidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunyai jangka hayat yang pendek. ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.
Syngenesphobia: takut pada keluarga dan saudara mara
rasanya ramai yang ada masalah cam ini, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mertua. semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngesphobia menghadapi masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.
abiutophobia: takut untuk mandi dan memebrsihkan diri
biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. namun harus ingat, Abiutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya mals mandi. ada banyak beza tuu. yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Abiutophobia.
Geniophobia: takut kepada dagu
yup..dagu.bahagian di muka kita itu. ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. selain itu, ada juga fbia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment