Sunday, 1 April 2012
Sekebun bunga cinta
permulaan novel niw memang dah best pown.. memang best r.. memang tak menyesal aku beli novel sekebun bunga cinta niw...penulis novel niw liyana zahim.. memang best r.rse bahagia plax..hikhikhik..hurm meh cni aku tlis ckit sinopsis 'sekebun bunga cinta' niw..
Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan dia boleh terpaut pada si gadis 'boyish' itu??
tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. dia benar-benar ingin Jasmyn ahu isi hatinya. malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. mana tahu jiwanya yang disangka kental itu sangat rapuh. lalu, dia membawa diri ke kota wellington.
hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu. kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!!
Faris kembali ke tanah air. rasa kecewanya sudah sirna. namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara.
saat mereka ingin disatukan, Jasmyn pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama dijiwanya. sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment