Followers

Thursday, 16 February 2012

Cantik di luar dan dalam


cantik- kecantikan seseorang itu adalah subjektif sifatnya dan tiada kriteria yang khusus untuk menggambarkan sama ada seseorang itu cantik atau tak.. bagaimanapun apabila bercakap soal kecantikan niw, aku fikir-fakir balik ia boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kecantikan dalaman dan kecantikan luaran.

kecantikan dalaman berkait rapat dengan pemikiran dan juga perasaan. seseorang itu tidak akan merasakan dirinya cantik, tetapi dimata orang lain dia ternyata memang cantik.. ini bermakna kecantikan dalaman yang ada dalam dirinya boleh memberikan tarikan tersendiri untuk membuatkan orang lain yang memandangnya berasa kagum dengan dirinya walaupun kadang kala si dia langsung tidak menyedari dirinya cantik...

tidak susah untuk memiliki dalaman niw tapi semua orang juga boleh memilikinya.. betul kew?? hurm cume yang perlu tahu ialah apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecantikan dalaman tuu.. bagi aku,aku rase antara faktor yang mempengaruhi terselahnya kecantikannya ialah persekitaran tumbesarannya, kasih sayang, pendidikan yang diterima dan banyak lagi rr.. jika seseorang membesar dalam suasana penuh kasih sayang, mendapat didikan yang sempurna tentu akan hadir sifat-sifat positif dalam diri dia..

sentiasa bersikap jujur, ikhlas, tidak busuk hati, menjadi diri sendri dan mengamalkan segala sikap positif lain boleh memancarkan aura dalam diri seseorang..ia tidak memerlukan belanja yang besar seperti mana untuk menzahirkan kecantikan  fizikal kerana segalanya bergantung kepada diri seseorang itu sendiri..betul kew??pe-pe pun kenelah cuba dulu kan?? belum cube belum taw kan??.. hurm soooo JOM!! kita cube..mulai sekarang tanam sebanyak yang mungkin sifat-sifat positif dalam diri kita dan semestinya lambat laun kecantikan dalaman akan menjadi milik kita jua..

kecantikan fizikal?? hurm sememangnya anugerah tuhan yang paling terindah tuhan berikan kepada semua orang dan setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing.. soo tak perlulah kita terlalu obses untuk tampil cantik cam orang lain dan berasa rendah diri bila rasa ada kekurangan dalam diri kita.. pe yang penting ialah kita perlu menjaga kesihatan tubuh kita kerana kesihatan perlu diutamakan...

antara perkara yang boleh kita lakukan ialah merawat tubuh dengan teratur. tak perlulah mendapatkan pandangan daripada kawan-kawan atau terikut-ikut menggunakan produk kecantikan yang mereka gunakan..tapi pe yang menjadi masalhnya sekarang ialah ad sesetengah dari kita yang terlalu mudah percaya dengan iklan pelbagai produk kecantikan dan akhirnya mereka guna produk tersebut tanpa menyedari kesan buruk...soo pandai-pandailah memilih produk yang seseuai dengan kulit kita...


faktor pemilihan fesyen juga kenalah sesuai dengan tempat, latar budaya, jenis acara atau majlis yang ingin dihadiri.. tak salah tampil gaya fesyen yan berbeza atau lain dari yang lain tapi kalau boleh bergayalah dengan imej yan boleh menggambarkan keperibadian dan karakter kita.. dalam mase tuu juga kita kena ingat semua ini tidak akan membawa sebarang makna jika tak ada keikhlasan hati kita..




so sekarang cantik mana lebih penting??
Luaran??
Dalaman??
hurm tak kisahlah asalkan kita tahu batas dan asal usul kita....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...