Followers

Wednesday, 15 February 2012

erti persahabatan



kawan....
nak sebut memang mudah tapi hakikatnya nak cari kawan sejati punya la payah..
kawan??
bila tak ada mulalah kita cari tapi bila dia di depan kita, kita tak pernah hargai...
bila kawan berjanji kita nak dia tepati...terlewat seminit pown muncunglah kita panjang sedepa...alasan kawan langsung kita tak nak dengar tapi kalau kita yang tak tepati masa manisnya bibir untuk menuturkan kata maaf...bila kita ada masalah kawanlah teman setia disisi..bukan setakat nasihat malah wang ringgit pun sanggup kawan bagi...waktu itu kita rasa dia la sahabat sehidup semati kita...tapi bila kawan dihimpit masalah kita biarkan dia menangis sendirian.. jangankan mendekati, bertanya khabar jauh sekali... bila kita perlukan pertolongan, kawan disisi sedia membantu..berat sama dipikul ringan sama dijinjing...tak pernah sekalipun dia merungut kepada kita...tapi bila kawan meminta sedikit kudrat kita tak habis-habis cerita yang kita jual kononnya kawan sangat menyusahkan kita...kawan simpan semua rahsia kita jika kita ada buat salah dan kawan juga rela terima hukuman...tapi bila kawan tersilap langkah laju mulut kita menabur cerita kononya kawan punya angkara tak layak berkawan dengan kita...walaupun hakikatnya kita turut sama melakukan kesalahan tersebut...waktu kita susah kita cari kawan...kita akan mengeluh bila tak ada kawan...kita akan menangis bila kita ditakdirkan bersendirian....tapi kita xpernah nak hargai nilai sebuah persahabatan yang ada di depan mata kita...kita tak tahu nak balas budi kawan biar pun bukan itu yang diharapkan oleh kawan kita...kawan hanya selalu memberi...kawan juga tak minta dibalas atas apa yang pernah dilakukan kepada kita...tapi sebagai kawan kita kenalah beringat bukan wang ringgit yang kawan dambakan dan bukan juga kudrat yang kawan tagihkan...tapi secebis kejujuran dan secarik kasih sayang yang dipertaruhkan sebagai tanda persahabatan yang sejati antara kita dan dia...sesuatu yang kita tidak pernah perasan atau terfikir langsung sekurang-kurangnya ada lima orang dalam dunia ini yang menyayangi kita dan sanggup mati kerana kita...sekurang-kurangnya ada lima belas orang dalam dunia ini yang menyayangi kita dalam beberapa cara...sebab utama seseorang membenci adalah kerana dia ingin menjadi seperti kita...senyuman daripada kita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang..walaupun dia tidak menyukai kita...seseorang yang kita tidak ketahui telah menyayangi kita...ini kerana kita amat bermakna dalam hidup seseorang..kalau bukan kerana kita, seseorang itu tidak akan hidup bahagia tanpa kawan di dalam hidup mereka..kita merupakan seseorang yang istimewa dan unik..seseorang yang kita tidak ketahui telah menyayangi kita..apabila kita membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya...tetapi sekiranya kita merasakan kita dipinggirkan, fikirkanlah semula mungkin kita yang telah meminggirkan mereka...apabila kita terfikir kita tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini... mungkin juga kita tidak akan memperolehinya tetapi sekiranya kita percaya pada diri sendiri lambat laun kita akan memperolehinya juga..kita perlu kenangilah segala pujian yang telah kita terima..lupakanlah segala maki hamun, caci dan cela orang terhadap kita...jangan takut untuk meluahkan perasaan kita kepada seseorang iaitu kawan kita..kita akan merasa senang bila seseorang telah mengetahuinya..sekiranya kita mempunyai sahabat yang baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik dalam hidup kita.hanya seminit yang diperlukan untuk mendapatkan sahabat baikdalam hidup.sejam untuk menghargainya dan sehari untuk menyayanginya.tetapi sepanjang hidup untuk tidak melupakannya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...