apabila gagal mencapai sesuatu yang
diinginkan, tentu hai kita sedih dan kecewa bkn???? kadang-kadang rasa kecewa
itu membuat kita putus asa untuk terus berusaha. tetapi kita tidak harus
berputus asa kerana peluang untuk berjaya sentiasa ada di depan kita.
bagaimanakah kita hendak mengatasi rasa putus asa dan menambah keyakinan
diri???
bergembira- apabila rasa kecewa atau sedih, cuba luangkan masa dengan orang yan betul-betul mengambil berat dan suka pada kita seperti ayah dan ibu ataupun kawan baik kita. elakkan diri daripada berseorangan. bersendirian cuma kan membuat kita berasa lebih tertekan dan mula berfikiran negatif. jadi bergembiralah dengan kawan-kawan apabila ada masa.
nikmati hidup- pada masa begini, kita perlu mengalihkan perhatian kita kepada aktiviti yang menyeronokkan. kalau kita suka menonton siri animasi, kita boleh memasang vcd kartun yang boleh buat kita ketawa. kita perlu mengelakkan menonton siri yang berunsurkan kesedihan kerana ia boleh membuat kita bertambah sedih dan kecewa. lakukan juga aktiviti yang selalu berjaya kita buat seperti membuat kraftangan, melukis dan sebagainya. lupakan masalah kita dan nikmati hidup dengan gembira. hidup tidak akan seronok kalau kita asyik bersedih.
abaikan sindiran- kawan-kawan mungkin akan menyindir kita apabila kita tidak menang dalam sesuatu. jadi kalau ada kawan-kawan yang buat begini terhadap kita abaikan saja mereka. kalau boleh jauhkan diri kita dari mereka buat sementara waktu kerana kata-kata mereka cuma akan membuat kita lebih kecewa dan menurunkan semangat kita.
asah bakat- setiap orang mempunyai bakat yang tersendiri,begitu juga kita. kita mungkin seorang yang kreatif ataupun pandai berpuisi. jadi, memanfaatkan bakat kita sebaiknya. mungkin kita boleh melakukan sesuatu mengikut kreativiti kita dengan lebih banyk, baik dan berbaloi. hal ini kerana perasaan melihat hasil kerja sendiri tentunya sangat seronok!!
hadiah untuk diri sendiri. sekali-sekala kita perlulah menghadiahkan sesuatu untuk diri kita sendiri. misalnya jika kita berjaya menyiapkan sesuatu dengan hasil kerja kita, kita perlu berikan sesuatu yang istimewa kepada diri sendiri. tidak pentinglah sama ada mahal ataupun murah asalkan kita sukakannya. hadiah itu tentu akan membuat kita gembira dan akan membuat kita lebih bersemangat untuk terus berusaha.
layan diri sendiri dengan baik- paling penting yang sebenarnya ialah melayan diri sendiri dengan baik. jika kita sentiasa berfikiran negatif kita akan berasa rendah diri,kurang keyakinan diri dan selalu tidak gembira. sebab itu kita perlu berfikiran terbuka,positif dan membuat tindakan dengan betul. sikap ini akan menolong kita berdepan dengan rasa kecewa.
buat keputusan sendiri- kita perlu membuat keputusan sendiri. kalau kita ingin melakukan sesuatu, kita perlu kuatkan semangat dan lakukannya dengan mengikut kehendak sendiri. kita mungkin boleh meminta pendapat orang lain tetapi jangan biarkan mereka membuat keputusan untuk kita. kita perlu bertanggungjawab dan jujur pada diri sendiri. lakukannya kalau kita yakin dengan keputusan kita itu adalah betul dan baik untuk diri kita.
berusaha bersungguh-sungguh- kalau kita ingin berjaya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh. tetapkan impian kita dan tuliskannya dalam diari. kita mungkin pernah gagal tetapi dengan kesungguhan dan usaha yang ditunjukkan kita tentu akan dapat mencapai impian dan cita-cita kita. teruskan berdoa dan berusaha dengan bersungguh-sungguh sampai kita berjaya.

No comments:
Post a Comment